Thursday, April 29, 2010

Insan Yang Ingin Ku Miliki

Sedikit tazkirah pada hari ini...

Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.



5 comments:

Afham said...

Pernah sekali aku berkata.

Hidup ini tidak mengapa tidak berteman.

Cukup sekadar gelak ketawa bersama rakan, kemudian lewat senja pulang ke kamar masing-masing

Pernah sekali aku berkata,

Tidak usah terlalu memikirkan. Kita ada modal untuk ditunjukkan. Usah terlalu pulon.


Pernah sekali aku berkata, buat apa ada insan y satu, nanti tidak dapat bergimbira bersama kawan yang ramai.

Apabila umur semakin meningkat, apabila kematangan telah bertandang, maka aku mengerti.

Aku silap.

Dan yang benar ialah


-kerana itu lumrah manusia-


p/s: jangan lupakan aku

cRayzeex said...

apabila pengalaman dan kesusahan, diselangai kesengangan, semua itu adalah satu proses bagi kita...

bagi belajar tentang kehidupan..

usah diungkit kata-katamu itu wahai teman, kerana selagi hayat dikandung badan, akan ku sisip doaku dalam kehidupanmu, agar sejahtera kita... moga berkekalan hingga ke syurga nan tidak ketepian..

Afham said...

owh
gunung daik bercabang tiga
manakan sama dengan gunung kinabalu
masa kita kenangan kita
usah dibiar dibawa bayu

dua tiga kucing berlari
sambil berlari menjelir lidah
usah disimpan di dalam hati
sampai masa akan terluah

pukul 7.15pg menunggu Dublin Bas
sambil menunggu sambil menelaah
ajaran agama dijadikan asas
sebelum hati berhajatkan nikah

sekian sahaja.

cRayzeex said...

ok la....nnti i buat post khas utk u ye.

:) said...

nice conversations here.like them.