Sunday, April 11, 2010

Dalam Kala Ini

Allah, sudah lama tak dijenguk laman blog aku ini. Sibuk barangkali, tapi sesibuk aku, masih banyak dan banyak lagi pejuang-pejuang Islam yang sibuk di luar sana. Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini dalam perjuangan ini.

10 April 1953.
Lahirlah seorang bayi yang mana telah berjanji dengannya antara Allah bahawa hidupnya akan membuat kebaikan dan mengabdikan dan manjadi hamba kepada penciptanya. Bayi itu diberikan nama sebagai Zakaria B Wahab. Alhamdulillah, Penciptanya telah mengurniakan seramai 6 orang anak untuk dibuat bekalan sebagai salah satu dari tiga perkara yang mampu mebantunya dalam mengurangkan azab kubur nanti, iaiut anak-anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ibu bapa mereka.

7 ogos 2009
Setiap barang yang dipinjamkan itu akan pasti diambil kembali. bayi yang dahulunya telah dilahirkan 56 tahun yang lepas, telah mengotakan janji Penciptanya. Rindunya kepada Penciptanya lebih dari rindunya kepada setiap makhluk. Kembalilah ayahku, dalam keadaan jiwa yang tenang dan mendapat kerahmatan dari Allah, dalam perjalanan ke syurgaNya.

10 April 2010.
Tiada lagi ucapan selamat ulang tahun kelahiran, kerana tiada lagi insan itu untuk membalasnya. Dahulunya sekiranya kek cokelat dibawa, kini penggantinya adalah bacaan yasiin dan tahlil. Ya Allah, engkau ampunkanlah dosa ayahku dan dosa ayah-ayah rakanku, tempatkanlah mereka dalam golongan yang terlepas dari azab seksa kubur yang berat itu, dan masukkanlah mereka dalam syurgamu ya Allah.

Aku merinduinya..................

2 comments:

fadzlina shukri said...

Semoga bertemu kembali di Jannah.

chaq said...
This comment has been removed by the author.