Dalam entri aku sebelum ini, ada aku nyatakan kepada kalian bahawa aku kehilangan passport, yang mana aku percaya ada himahnya. Hikmahnya telah ditentukan oleh Allah, kepada orang yang sabar. Lambat atau cepat bukanlah urusan kita tapi yakinlah bahawa sesuatu yang terjadi itu adalah kehendaknya sepertimana yang kita yakin kesempurnaan iman kita bergantung kepada kepercayaan kepada Qada`dan Qadar.
Tidak pernah sesekali dalam fikiranku, kepulanganku dari perantauan ke kampungku pada bulan Jun itu adalah peluangku yang terakhir.. peluang yang terakhir bagi cuba memyempurnakan kewajipanku sebagai seorang anak, sebagai seorang anak kepada abahku. Abahku telah pergi kepada Penciptanya pada 07 Ogos 2009 bersamaan 16 Shaaban 1430 H pada jam 0340 bagi menunaikan janji Allah dan mengingatkan kita yang masih hidup bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati dan hanya Allah kekal selama-lamanya.
Ketika mana abahku menghadapi saat kematiannya, aku mengtalkinkan abahku, 'Allah, Allah, Allah', sehinggalah abahku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sedih? Tak usah ditanya. Menangis? Aku hanya insan biasa yang tak bisa menahannya. Takut? Sangat takut, takut yang tersangat-sangat. Kenapa? Aku takut aku tidak mampu menjadi seorang anak yang baik ketika abahku masih hidup dan ketika mana abahku menagih janji Allah sepertimana hadis di bawah.
Aku takut sekiranya aku tidak mampu menjadi anak yang soleh yang mampu mendoakan ayahku. Aku takut aku tidak mampu menjaga ibuku dengan sebaik-baiknya sebelum ibuku meninggal dunia. Aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana memberikan ku peluang untuk menjaga abahku ketika dia sakit sepertimana abahku telah menjaga aku ketika aku kecil. Aku takut, aku takut aku tidak meninggal sepertimana meninggalnya abahku.
Selepas abahku meninggal dunia di CCU Hospital Sultan Abdul Halim, aku meletakkan ayahku di dalam keranda namaun hatiku gusar apabila melihat keadaan ayahku akibat khidmat perubatan yang diterimanya. Namun, maha suci Allah, ketika samapai di rumah dan ingin mengankat jenazah ayahku dari keranda tersebut ke atas katil, aku terkejut dan terkedu, muka ayahku sama sekali berubah. Mukanya tersenyum, senyuman yang amat manis seolah-olah ayahku telah bertemu dangan sesorang yang amat dirinduninya. Aku takut aku meninggal tidak sepertinya, aku takut bilamana aku meninggal aku akan mendapat azab yang amat pedih dari Allah.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dari menghadapi semuanya ini. Kepada sahabat-sahabatku yang membaca entri aku pada kali ini, berusahalah untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak dengan sebaiknya, pelajarilah urusan menguruskan jenazah kerana kita tidak tahu bila kita akan memerlukannya, belajarlah memikul tanggungjawab kerana mungkin tanggungjawab yang akan lebih besar secara tiba-tiba akan membebankan anda. Supaya kalian semua menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibu-bapa....sebelum dan selepas mereka meninggal dunia.
SALAM AIDILFITRI 1430h AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN.
53, DUFFERIN AVENUE, DUBLIN
IRELAND